Kebiasannya ‘rear fender’ bukan sahaja bertindak sebagai mudguard tambahan motosikal malah sebagai pemegang nombor plat. Meskipun bukan semua motosikal dilengkapi dengan ‘rear fender’ namun penggunaan alat itu semakin mendapat tempatn. Bagaimanapun, pengeluar tayar, Michelin, melihat ‘rear fender’ mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai penggerak tayar belakang tambahan yang boleh membantu sewaktu motosikal sedang bergerak perlahan termasuk…
Ducati akan kekal terlibat dengan saingan MotoGP setelah menandatangani kontrak lanjutan lima tahun dengan Dorna Sports. Kedua-dua mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan yang menyaksikan pengeluar motosikal berpangkalan di Bologna, Itali itu terlibat dengan Kejuaraan Dunia MotoGP dari 2022 hingga 2026. “Perlumbaan merupakan aspek paling penting bagi jenama Ducati malah menjadi medan kami menguji bahan…
Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan bahawa penghantar makanan persendirian perlu menunjukkan surat majikan ketika melalui sekatan jalan raya. Keputusan tersebut dibuat setelah mengadakan perbincangan bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). “Kita tahu tidak semua penghantar makanan bekerja dengan syarikat popular yang besar. “Di bandar kecil, banyak juga yang melantik individu atau…
KTM dengan rasminya memperkenalkan 890 Duke 2021 menggantikan 790 Duke yang telah dilancarkan secara global pada penghujung 2017 di EICMA. KTM 790 Duke sememangnya antara jentera yang berjaya mencuri tumpuan, dengan rekaan agresif dan sporty di samping menawarkan berat yang ringan dan enjin berprestasi tinggi. Bagaimanapun, beberapa tahun kemudian, KTM membuat keputusan untuk memberikan enjin…
Muzium Top Mountain Crosspoint yang merupakan muzium tertinggi di dunia susulan berada 2,175m di atas aras laut telah hangus dijilat api. Menempatkan lebih 230 koleksi motosikal dan kereta, muzium yang terletak Timmelsjoch High Alpine Road di Austria itu gagal diselamatkan meskipun pihak bomba telah berusaha memadam kebakaran. Difahamkan, kebakaran tersebut tercetus sekitar jam 4 pagi…
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah menggerakan 1,200 pegawai untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Kerjasama dua pihak ini dilihat penting dalam memastikan pematuhan SOP dilaksanakan dengan lebih efisien sepanjang PKP. Menurut JPJ dalam satu kenyataan menyebut, “gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti…
Prinsipal pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT), Datuk Razlan Razali menyuarakan keyakinan kerjasama pasukan itu bersama pengeluar, Yamaha, akan dilanjutkan. Kerjasama Petronas SRT dan Yamaha akan berakhir hujung tahun ini namun Razlan yakin mereka akan memperbaharui gandingan itu untuk lima tahun lagi. “Kami mahu kekal dalam MotoGP selama mungkin. “Meskipun terdapat beberapa pilihan dengan pengeluar…
SHARK Helmets Malaysia kini menawarkan helmet Race R Pro Lorenzo 2021 GP Edition untuk pasaran tempatan. Orang ramai kini boleh mendapatkan helmet serba baharu ini pada harga promosi RM2,999 berbanding harga biasa RM4,700. Selain daripada mencapai piawaian ECE22.05 dan FIM, SHARK Race R Pro Lorenzo 2021 GP ini diperbuat daripada bahan jenis gentian karbon (carbon…
Franco Morbidelli terus kempunan apabila bakal memulakan musim 2021 tanpa jentera Yamaha YZF-M1 Factory meskipun menamatkan musim 2020 di tempat kedua belakang juara dunia, Joan Mir. Perkara itu didedahkan prinsipal Petronas Sepang Racing Team (SRT) , Datuk Razlan Razali menerusi wawancara bersama GPone, baru-baru ini. Morbidelli beraksi dengan jentera M1 ‘Spec-A’ 2019 musim lalu namun…